Header Ads

12 TABIAT INI AKAN MENGUBAH KEHIDUPAN HARIAN ANDA


Apakah perkara kecil yang boleh anda lakukan dengan hanya mengambil masa 5 minit sahaja? Untuk menjadi seorang yang usahawan yang lebih produktif, ini merupakan langkah yang paling mudah dan tidak akan mengambil masa yang lama.
Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh ikuti :

#1 – Memberus Gigi & Juga Flos

Dengan hanya memberus dan flos gigi anda pada setiap hari, bukan sahaja dapat menghalang gingivitis malah, ianya juga dapat membantu anda untuk lebih berkeyakinan.
Menurut Persatuan Pergigian Amerika, dengan hanya memberus gigi dua kali sehari selama 2 minit dan flos sekali sehari, ianya akan dapat mengurangkan penyakit yang berisiko seperti demensia, kencing manis, buah pinggang dan kanser.

#2 – Senyum Di Hadapan Cermin

Seorang ahli psikologi terkenal, iaitu Dr. Robert Zajonc dalam kajian beliau pada tahun 1989, dengan melihat diri anda di hadapan cermin sambil tersenyum, ianya dapat mengubah mood anda. Aktiviti ini hanya mengambil beberapa saat sahaja dan sesuai di lakukan pada waktu pagi. Jiwa yang positif dan gembira dapat mengubah diri untuk menjadi lebih bersemangat memulakan hari yang baru.
#3 – Menyelesaikan Tugas Di Awal Waktu
Mulakan hari anda dengan niat untuk menyelesaikan tugas di awal waktu. Ini juga dapat meningkatkan disiplin dalam diri supaya tidak melakukan tugasan di saat-saat akhir. Apabila anda terapkan perkara ini dalam diri pada setiap hari, ketika pulang ke rumah anda tidak perlu lagi fikirkan soal kerja, dan boleh menikmati waktu tidur dengan tenang.
#4 – Menulis Perkara Penting
Setiap pagi selepas bangun dari tidur, jadikan perkara ini sebagai aktiviti harian anda sebelum melakukan tugasan. Tulis beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan supaya tidak lupa di kemudian hari. Oleh kerana itu, segala tugasan anda akan lebih teratur dan berjalan dengan lancar.
#5 – Bertafakur
Apabila anda bertafakur, ia boleh membawa banyak manfaat seperti mengelakkan risiko penyakit mental, mengurangkan rasa kebimbangan dan menurunkan tekanan darah.
Dengan hanya ambil beberapa minit sahaja, dan anda perlu berada di kawasan yang tenang, dan mulakan dengan tarik nafas. Aktiviti ini perlu diberikan tumpuan pada pernafasan supaya pernafasan anda berjalan dengan lancar.
#6 – Menzahirkan Kesyukuran
Sebagai manusia, kita sepatutnya rasa bersyukur dalam diri dengan apa yang kita telah perolehi sama ada baik atau buruk. Jika sebaliknya, jadikan ianya sebagai satu cabaran untuk kita lebih berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai matlamat yang kita inginkan.
#7 – Mendengar Muzik
Jika anda bukanlah seorang yang gemar membaca, mendengar muzik juga dapat mengisi masa lapang. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan mood kita untuk memulakan hari yang baru.
#8 – Sentiasa Berpakaian Kemas
Pastikan sentiasa berpakaian kemas dan selesa. Jika anda bekerja di pejabat dan memerlukan tugasan yang banyak berinteraksi dengan pelanggan, pakaian formal amat bersesuaian. Serta, ini juga dapat meningkatkan keyakinan pada diri, dan pelanggan akan lebih selesa untuk untuk berinteraksi dengan anda.
#9 – Melakukan Sesuatu Yang Luar Biasa
Dalam sehari, tidak salah jika anda mahu lakukan sesuatu yang luar biasa. Perkara ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan keberanian dalam diri. Jika anda seorang yang tidak berkeyakinan, ambil langkah ini untuk membuktikan yang anda boleh lakukannya. Contohnya, apabila di dalam bilik mesyuarat, jika  ada beberapa perkara yang ingin di suarakan, ambil peluang ini dan tonjolkan diri.
#10 – Mencuba Sesuatu Yang Baru
Mencuba sesuatu yang baru disini dapat mengubah diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Jika anda hanya duduk di suatu tempat dan melakukan perkara yang sama setiap hari, ianya tidak akan mengubah apa-apa malah, anda akan menjadi orang yang sama setiap hari. Yakni, jika anda sudah berpengalaman bekerja dalam sesuatu bidang, tidak salah untuk anda mencuba bidang yang baru. Ini adalah untuk mencabar kebolehan yang anda tidak ketahui selama ini.
 #11 – Menulis

Dengan hanya menulis setiap hari, akan meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir dengan lebih baik. Menulis juga membantu mengingatkan anda tentang beberapa tugasan yang perlu di selesaikan. Ianya juga dapat meningkatkan untuk anda lebih bermotivasi dan berjaya di masa hadapan.
#12 – Banyakkan Berjalan
Jika tempat kerja berdekatan dengan rumah anda, apa kata anda ambil inisiatif ini untuk berjalan kaki ke tempat kerja. Lebih banyak anda berjalan, lebih mudah untuk anda  berfikir. Ini kerana, otak yang cergas dapat membantu anda untuk melakukan aktiviti yang lebih produktif dan kreatif.

No comments

Powered by Blogger.