Header Ads

3 Tips Promosi di Facebok Untuk Bulan Ramadhan.

Salam Ramadhan ya Kareem. 

Hari ini admin nak share sedikit tentang posting pada bulan Ramadhan. Umum ketahui, bulan Ramadhan antara bulan yang paling masyuk kepada peniaga online. Macam-macam boleh jual dari serbuk kunyit hinggalah kereta. Semuanya laku. 
Jangan tanya admin, dari mana netizen dapat duit banyak macam tu. 

3 TIPS PROMOSI DI FACEBOOK UNTUK BULAN RAMADHAN 

Sebenarnya, pihak facebook dah laman keluarkan tip promosi di Facebook. Since 2015 lagi. Tapi tak apa, admin share sekali lagi. 

#1. WAKTU AKTIF 

Antara jam 9 hingga 12 malam adalah waktu ramai pengguna aktif berfacebook pada bulan Ramadhan. Ye lah kan, lepas berbuka, perut kenyang, bersandar pada sofa, apa lagi layan facebook lah. 
Selain dari waktu 9-12 malam, waktu sahur juga di kira waktu puncak juga. Waktu tu, ramai suka berfacebook sementara tunggu waktu sahur dan azan subuh. Waktu sahur bermula dari jam 4 - 6.30 pagi.

#2. PENINGKATAN AKTIVITI DI MOBILE 

Ya. Sekarang ini, most majoiriti netizen akan berfacebook hanya menggunakan smartphone atau tablet sahaja. Mengikut facebook, 65% konten yang di kongsi adalah dari pengguna mobile. 
Pastikan konten iklan anda sesuai dengan mobile. 

#3: GUNAKAN BEHAVIOR TARGETING 

Untuk iklan lebih berkesan, apa kata anda gunakan "Behavior Targeting" di bahagian audience. Cari perkataan Ramadhan. 

Dan sini admin sertakan INFOGRAPHIC RAMADHAN DI FACEBOOK 



Suka artikel ini, share dengan rakan-rakan anda. 

No comments

Powered by Blogger.