KELEBIHAN MANDI SEBELUM WAKTU SUBUH
Adakah anda
tergolong daripada mereka yang takut untuk mandi pagi pagi dengan air sejuk?
Ramai yang
berpendapat mandi dengan air sejuk di waktu pagi akan mengakibatkan demam.
Ternyata
anggapan anda itu salah kerana mandi pagi dengan air sejuk ternyata mempunyai banyak
manfaat untuk kesihatan.
Terdapat tiga
rutin sihat yang disyorkan untuk dilakukan setiap kali bangun pagi, antaranya bersenam,
minum air masak dan mandi dengan air sejuk.
Jadi, apa
manfaatnya jika mandi dengan air sejuk di waktu pagi?
1.
Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi
selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat
dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di
bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu
juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi
lebih lembut dan halus.
2.
Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran
darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3.
Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh
badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia
dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4.
Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang
memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda
mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu,
penyakit anda akan pulih.
5.
Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk
akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami
depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat
kpd mandi pagi sebelum subuh.
6.
Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan
air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih
banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus.
Post a Comment