5 Tip Elak Bocor Wang Dalam Perniagaan
Tidak boleh di sangkal lagi, dalam sesuatu perniagaan memang ada musim turun dan naiknya. Apabila anda telah melakukan yang terbaik, tetapi masih tidak memperolehi kejayaan. Mungkin terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi kejayaan anda. Pun begitu, amat penting anda bijak dalam menguruskan perbelanjaan dan kewangan bagi mengelak dari timbulnya masalah yang tidak di ingini.
Disini terdapat beberapa tip yang boleh menolong anda dalam perniagaan anda sekarang ini.
#1: Mempunyai Bajet Bulanan
Sekiranya anda betul-betul tidak mahu kebocoran wang berlaku, amat penting untuk anda menitik beratkan tentang bajet bulanan. Ini kerana, untuk mengelak syarikat dari kerugian yang besar dan akan menyebabkan anda terpaksa menanggung kerugian dan lebih dahsyat lagi terpaksa menutup syarikat tersebbut. Anda harus bijak untuk mengawal wang syarikat setiap bulan.
Fikirkan semula bagaimana anda ingin mendapatkan keuntungan dengan mengawal bajet bulanan. Seterusnya pastikan anda lakukan itu, berlaku secara berterusan dan jangan berhenti di tengah jalan.
Fikirkan semula bagaimana anda ingin mendapatkan keuntungan dengan mengawal bajet bulanan. Seterusnya pastikan anda lakukan itu, berlaku secara berterusan dan jangan berhenti di tengah jalan.
#2: Mengurus Perbelanjaan Bulanan
Selain dari mempunyai bajet bulanan, seterusnya anda harus menguruskan perbelanjaan bulanan. Namun, anda harus sentiasa berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan bulanan kerana apabila tersilap langkah akan menyebabkan satu kerugian yang besar terhadap syarikat.Bayangkan jika anda masih membayar perkhidmatan yang sudah tidak digunakan lagi, adakah itu akan menyebabkan kerugian wang? sudah tentu, ya. Fikirkan semula cara yang terbaik bagaimana ingin menguruskan wang dengan cara yang lebih teratur.
#3: Elakkan Dikenakan Faedah Yang Tinggi
Jika anda ingin membuat pembayaran bil, pastikan dapatkan dahulu maklumat melalui email. Sekiranya berlaku sebarang masalah, anda mempunyai masa untuk memperbaikinya. Anda perlu tahu sebab mengapa anda membuat pinjaman bagi mengelak dari dikenakan faedah yang tinggi. Jika tidak, kemungkinan kebocoran wang lebih besar mungkin akan berlaku.
Tidak dinafikan, dengan menggunakan kad kredit akan memudahkan kerja, tetapi ia akan menyebabkan syarikat anda berhutang dengan lebih banyak lagi. Gunakan kebijaksanaan anda untuk membuat keputusan bijak.
#4: Tahu Apa Yang Dilakukan Oleh Pengurus Wang
Walalupun kita tidak mungkin dapat melakukan setiap tugas, tetapi penting untuk anda sebagai usahawan mengambil berat apa yang dilakukan oleh pengurus wang. Kerana tidak semua orang boleh dipercayai lebih-lebih lagi berkaitan dengan wang.
Seorang usahawan yang berjaya, mereka pasti mahir semua jenis tugas yang ada. Jika tidak, bagaimana anda ingin mengetahui segala keuntungan dan kerugian dalam syarikat. Jelaslah disini bahawa, betapa pentingnya anda mengetahui tentang kewangan untuk mengelakkan anda ditipu.
#5: Mengawal Inventori & Bekalan Syarikat
Tidak kisahlah anda menjalankan perniagaan restoran ke, membuat pakaian ke, servis ke dan sebagaimya anda perlu tahu untuk menguruskan inventori dan bekalan syarikat dengan bijak bagi memaksimumkan keuntungan. Namun, sekiranya anda tidak bijak mengatur strategi, ia akan menyebabkan syarikat anda akan mengalami kerugian yang besar.
Selain dari itu, anda juga perlu bertanggungjawab untuk mengambil pekerja yang boleh dipercayai dan disiplin untuk membantu segala inventori dan bekalan syarikat. Kerana untuk mengelakkan kecurian, kerosakkan dan juga pembaziran.
Kredit: Majalah Niaga
Post a Comment