5 SEBAB KENAPA ADOLF HITLER TIDAK MINAT UNTUK BUNUH ORANG MELAYU
Korang pasti kenal dengan Adolf Hitler kan. Seorang diktator dan ketua kumpulan Nazi yang digeruni
pada satu masa dahulu.
Aku boleh musnahkan semua Yahudi di dunia
ini, tapi aku tinggalkan sedikit yang hidup, agar kamu nantinya dapat mengetahui
mengapa aku bunuh mereka.
Ini salah satu kata-kata beliau yang popular semasa zaman kekejamannya.
Namun, adakah anda tahu kenapa beliau tidak
minat untuk ‘bunuh’ orang melayu? Jom baca.
1. ‘Bunuh’ diri sendiri
Ini sebab paling utama yang si Hitler suka sebab tak perlu datang
Malaysia untuk ‘bunuh’ orang Melayu.
Mereka hanya perlukan 2 senjata utama iaitu personal loan dan pinjaman
kereta.
Dengan dua senjata ini, sudah ramai yang muflis dan hidup tidak tentu
arah. Lebih manis, orang muda sudah mula menggunakan senjata ini dengan harapan
dapat menikmati dunia yang sementara ini.
Bila sudah terjebak, kebanyakan orang melayu terpaksa menjadi hamba abdi
selama paling kurang 9 tahun. Ini perkara yang Adolf Hitler suka, hamba abdi.
Kalau setakat pinjaman kad kredit dan pinjaman ASB, Adolf Hitler tak
kisah sangat. Mohon pinjaman peribadi jika anda lepas syarat ini.
2. Tidak tahu
aset dan hutang
Benda
yang paling beliau takut adalah penubuhan universiti di Malaysia. Universiti
akan menyebabkan orang ramai menjadi pintar dan cerdik untuk menentang si Adolf
Hitler tetapi apa yang membuatkan beliau masih gembira adalah orang melayu
masih tidak faham aset dan hutang.
Ini
menunjukkan universiti bukanlah satu tempat yang sesuai untuk belajar tentang
aset dan hutang kerana selepas tamat belajar masih ramai yang tambah hutang
tanpa aset.
Masih
ramai lagi yang bingung dan tertanya-tanya adakah kereta itu satu aset atau
bukan. Apa yang diajar di universiti, kereta adalah satu aset tetapi tidak di
dunia sebenar.
Apa
itu aset, apa itu hutang.
3. Tiada
simpanan
Apa
kaitan simpanan dengan Adolf Hitler?
Apabila
seseorang itu tiada simpanan, ini bermakna mereka sudah membunuh masa depan
mereka dengan sendirinya.
Tanpa
simpanan yang cukup, orang melayu akan mudah terjebak dengan senjata utama
iaitu personal loan. Terutama pada musim hari raya dan musim jualan akhir
tahun.
Satu
lagi, bila tiada simpanan sendiri ada pula yang cuba meminjam dari saudara mara
atau rakan sendiri. Apabila gagal bayar semula hutang tersebut, maka berlakulah
pergaduhan antara mereka. Adolf Hitler tersenyum.
Ada
simpanan tapi masih rugi.
4. Tiada
takaful
Sudahlah
tiada simpanan, takaful pun tiada.
Bila
tiada takaful, ini bermakna orang zaman sekarang tidak memikirkan kehidupan
generasi mereka pada masa hadapan.
Bila
berlaku kematian, waris tidak mendapat apa-apa manfaat dan ini menyebabkan
waris lebih tertekan berbanding jika mereka mendapat wang dari takaful.
Tanpa
takaful, sebenarnya mereka telah merosakkan institusi kekeluargaan tanpa campur
tangan orang luar. Tidak masuk lagi bab wasiat dan pembahagian
harta. Bayar takaful setiap bulan sangat merugikan?
5. Banyak
alasan
Tahukah
anda bahawa golongan yang suka memberi alasan akan jauh dari kejayaan. Ini
bermakna Adolf Hitler tidak perlu membuat apa-apa untuk menghalang kejayaan
orang melayu.
Apabila
ada seseorang memberi nasihat dan tip bagaimana untuk berjaya, mereka akan
terima kutukan dan sindiran dengan pelbagai alasan.
Rumah mahal semua salah kerajaan
tak kawal harga
Bank sekarang susah nak luluskan
pinjaman perumahan
Belum sedia lagi nak ambil takaful
Semakin
banyak alasan yang diberikan, semakin kurang tindakan yang akan diambil.
Sekarang
anda tahu kenapa si Adolf Hitler tidak minat untuk ‘bunuh’ orang Melayu.
Sumber
: DuitKertas.com
Post a Comment